Cari @ Amanz

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya hari ini ia dilihat yang mana Facebook secara rasminya telah pun melancarkan aplikasi iPad mereka yang dinantikan ramai, sekaligus membawakan aplikasi mudah-alih rangkaian sosial tersebut kepada para pengguna tablet iOS, serta membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Secara kasarnya, antaramuka yang diperlihatkan pada Facebook untuk iPad menyerupai apa yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Melalui aplikasi baru tersebut, Facebook membolehkan para pengguna untuk menikmati gambar pada resolusi tinggi, permainan dan mengikuti Facebook Chat terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun Facebook untuk iPad dan mula mengikuti perkembangan laman sosial anda dengan mudah terus melalui tablet anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd