(Ura-Ura) Galaxy S3 Dengan Cip Dwi-Teras 1.8GHz Dan Kamera 12 Megapixel?

(Ura-Ura) Galaxy S3 Dengan Cip Dwi-Teras 1.8GHz Dan Kamera 12 Megapixel?

Diterbitkan pada Okt 11, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Samsung Galaxy S2, semestinya seperti semua sedia maklum, Samsung telah pun memulakan pembangunan peranti generasi baru mereka yang berikutnya. Dan kini, sebuah gambar tersebar, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh peranti utama daripada Samsung itu melalui Samsung Galaxy S3 kelak.

Melalui gambar yang tersebar, ia menunjukkan kemaskini keluarga Galaxy S daripada generasi pertama, sehingga ke generasi ketiga, dimana Samsung Galaxy S3 dijangka akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin Super AMOLED HD seluas 4.6-inci, dan juga turut didatangkan bersama-sama kamera 12-megapixel bersama dengannya. Ia juga diperkatakan yang mana Galaxy S3 kelak turut akan menyokong NFC, dan menggunakan Android Ice Cream Sandwich padanya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ianya masih tidak diketahui kesahihannya, dan berkemungkinan ianya hanya sekadar ura-ura sahaja, serta memberikan idea awal mengenai apakah yang bakal dibawakan oleh telefon pintar terbaru daripada Samsung kelak.


TIPS & ULASAN