Facebook Touch Kini Turut Menyokong Aplikasi Dan Permainan

Facebook Touch Kini Turut Menyokong Aplikasi Dan Permainan

Diterbitkan pada Okt 11, 2011 oleh .

Setelah sekian lama diperkatakan mengenai Project Spartan yang sedang dibangunkan di Facebook, akhirnya, hari ini kelihatan yang mana Facebook telah pun mula memperkenalkan kemaskininya untuk para pengguna dengan memperkenalkan laman Facebook yang mesra skrin sentuh dan juga menggunakan HTML5 sepenuhnya melalui Facebook Touch.

Ia juga dilihat yang mana Facebook Touch baru turut menggunakan antaramuka yang amat menarik dan selari pada semua platform, dimana Facebook Touch baru ini menggunakan HTML5 sepenuhnya dan mesra pelbagai platform dan pelayar web generasi baru yang terdapat pada masa kini.

Menariknya, selain daripada hanya menyemak kemaskini rakan-rakan dan mengikuti aktiviti sosial semasa, para pengguna juga turut sama boleh memainkan permainan terus melalui peranti mudah-alih mereka terus melalui Facebook Touch.

Facebook Touch baru ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN