Cari @ Amanz

Antara peranti daripada Huawei yang dinantikan adalah Huawei Vision dan juga Huawei MediaPad yang mana bakal dimulakan jualan pada bulan ini. Menariknya, kini pihak Huawei Malaysia sendiri telah pun memulakan pra-tempah untuk kedua-dua peranti ini bermula daripada hari ini sehingga ke 17 Oktober kelak, membolehkan anda pra-tempah dan mendapatkan beberapa aksesori tambahan.

Huawei Vision merupakan salah satu telefon pintar baru daripada Huawei yang menggunakan Android. Ia dijual pada harga serendah RM1099, dan membawakan prestasi yang amat mengagumkan sekali melalui cip pemprosesan 1GHz, serta membolehkan para pengguna merakamkan video 720p melalui kamera 5-megapixel padanya. Ia juga turut membawakan krin seluas 3.7-inci, dan menggunakan Android Gingerbread 2.3.

Huawei MediaPad pula merupakan tablet Android daripada Huawei yang dinantikan ramai, menggunakan Android 3.2 Honeycomb, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan membawakan skrin seluas 7-inci, dengan kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.

Huawei Vision bakal dijual pada harga cuma RM1099, manakal Huawei MediaPad akan dijual pada harga RM1399, dan melalui pra-tempahan, para pengguna akan menerima pelindung skrin, pemegang peranti, kad memori 8GB dan juga earphone secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd