BlueStacks App Player Alpha Sedia Diuji – Gunakan Aplikasi Android Pada Windows

BlueStacks App Player Alpha Sedia Diuji – Gunakan Aplikasi Android Pada Windows

Diterbitkan pada Okt 11, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada Alien Dalvik yang membolehkan anda menjalankan aplikasi Android pada iOS, kini anda turut sama boleh menggunakan aplikasi Android pada komputer Windows anda dengan mudah, melalui aplikasi BlueStacks. Buat masa ini, aplikasi BlueStacks App Player untuk Windows PC masih lagi pada peringkat Alpha, dan pengguna sudah boleh mengujinya.

Buat masa ini, bersama-sama dengan pelancaran Alpha mereka, beberapa aplikasi turut didatangkan bersama, termasuk Bloomberg, LivingSocial, dan Huffington Post. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat Alpha, mungkin banyak lagi perkara yang perlu ditambah padanya, namun ia sudah kelihatan amat menarik sekali buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun versi alpha pertama untuk perisian ini secara percuma, dan mula menggunakan aplikasi Android pada komputer Windows anda.


TIPS & ULASAN