Carian
Versi Beta Pertama Untuk WordPress 3.3 Dilancarkan
October 11, 2011 Aman

Nampaknya, mungkin kita akan dapat melihat WordPress 3.3 dilancarkan tidak lama lagi, dimana hari ini, pihak pembangun WordPress telah pun melepaskan versi pembangunan beta kepada para pengguna, membolehkan WordPress 3.3 Beta diuji oleh semua, serta membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Melalui WordPress 3.3 Beta ini, ia membawakan bar pentadbir yang serba baru, serta pemuat-naik media baru dalam bentuk HTML5. Pada masa yang sama, ia turut membawakan beberapa perubahan lain, menjadikan WordPress 3.3 Beta lebih pantas daripada versi sedia ada.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menguji dengan memuat-turun WordPress 3.3 Beta hari ini, ataupun nantikan sehingga penghujung November kelak untuk versi stabilnya dilancarkan kepada semua.

Komen