TM Dan P1 Bakal Mengumumkan Kerjasama Dari Segi HSBB Pada Hari Khamis Ini

TM Dan P1 Bakal Mengumumkan Kerjasama Dari Segi HSBB Pada Hari Khamis Ini

Diterbitkan pada Okt 11, 2011 oleh .

Nampaknya dunia jalur lebar berkelajuan tinggi di Malaysia akan semakin maju, dimana kini ia diketahui yang mana Packet One Networks ataupun yang mana lebih dikenali sebagai P1 akan menandatangani perjanjian bersama-sama dengan pihak Telekom Malaysia pada hari Khamis ini, yang mana berkait rapat dengan jalur-lebar berkelajuan tinggi.

Buat masa ini, apakah yang bakal diumumkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun melalui jemputan yang dihantarkan oleh pihak mereka, ia diperkatakan yang mana TM dan P1 akan bersatu dalam membolehkan lebih ramai pengguna tempatan menikmati jalur-lebar berkelajuan tinggi.

Sama-sama kita nantikan hari Khamis ini, dimana kami di Amanz akan membawakan kemaskini langsung daripada acara tesebut.


TIPS & ULASAN