Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang tidak ketahui dimana Telekom Malaysia telah pun mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% sejak daripada bulan Januari 2011 yang lepas, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi sekali lagi untuk mengesahkan perkara ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Telekom Malaysia berkaitan dengan perkara ini:

SEMAKAN SEMULA CAJ CUKAI PERKHIDMATAN 
TM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan Bajet 2011, cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai berkuatkuasa 1 Januari 2011. Sehubungan itu, kami telah menyemak semula caj cukai perkhidmatan kami seperti berikut: 

Untuk perkhidmatan telefoni: 
TM akan mula mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan telefoni kami berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimanapun, untuk perkhidmatan telefoni, cukai perkhidmatan 6% tersebut akan dicaj berkuatkuasa bil bulan Februari 2011 dan seterusnya memandangkan bil bulan Januari 2011 akan mengandungi caj bulan Disember 2010. 

Untuk perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan-perkhidmatan lain:
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% akan dikenakan ke atas perkhidmatan litar suwa dan perkhidmatan – perkhidmatan lain berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Untuk perkhidmatan UniFi: 
TM akan mula mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan UniFi berkuatkuasa 1 Januari 2011. Untuk pelanggan UniFi, oleh kerana TM akan mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% dalam bil bulan Januari 2011, maka TM akan memberi rebat  1% perkhidmatan (6% – 1% = 5%) untuk bulan Januari yang akan dipaparkan di dalam bil bulan Februari 2011.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke [email protected] untuk perkhidmatan telefoni/litar suwa dan perkhidmatan lain; atau [email protected] untuk pelanggan-pelanggan perkhidmatan UniFi.

Seperti semua sedia maklum, pengenalan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pascabayar telah lama diperkenalkan, dan hanya perkhidmatan prabayar sahaja yang masih belum diperkenalkan cukai perkhidmatan 6% buat masa ini.

TM has revised its service tax charges to 6% effective January 2011 in accordance with Budget 2011. More info here > http://t.co/EETEjh9n TQ
Oct 11 via webFavoriteRetweetReply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd