Motorola Atrix 2, Samsung Captivate Glide Dan Samsung DoubleTime Diumumkan

Motorola Atrix 2, Samsung Captivate Glide Dan Samsung DoubleTime Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 11, 2011 oleh .

Hari ini, syarikat telekomunikasi terkemuka di Amerika Syarikat, iaitu AT&T telah pun mengumumkan beberapa peranti Android baru, dimana berkemungkinan ianya akan turut sama tiba di Malaysia tidak lama lagi. Peranti baru yang diumumkan adalah termasuk Motorola Atrix 2, Samsung Captivate Glide, dan juga Samsung DoubleTime.

Seperti sedia maklum, salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah kemaskini untuk keluarga Atrix sedia ada, dan lebih awal daripada jangkaan, kini Motorola Atrix 2 telah pun diumumkan, membawakan skrin sentuh qHD seluas 4.3-inci, kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD, menggunakan Android 2.3 Gingerbread, serta didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1GHz, dan 1GB RAM.

Samsung Captivate Glide pula merupakan telefon pintar Android daripada Samsung yang didatangkan bersama-sama papan kekunci boleh luncur, serta skrin sentuh AMOLED seluas 4-inci, cip pemprosesan 1GHz NVIDIA Tegra 2, 1GB RAM, dan didatangkan bersama-sama dengan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3 megapixel.

Samsung DoubleTime pula merupakan peranti Android mampu-milik daripada Samsung, yang mana memfokuskan lebih kepada permesejan dan juga komunikasi melalui rangkaian sosial. DoubleTime membawakan cip pemprosesan Qualcomm 600MHz, Android 2.2 Froyo, dan juga skrin sentuh seluas 3.2-inci.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia, atau hanya eksklusif untuk para pengguna di Amerika Syarikat sahaja.


TIPS & ULASAN