Opera Mini 6.5 Dan Opera Mobile 11.5 Kini Diintegrasikan Lebih Mendalam Bersama Android

Opera Mini 6.5 Dan Opera Mobile 11.5 Kini Diintegrasikan Lebih Mendalam Bersama Android

Diterbitkan pada Okt 12, 2011 oleh .

Salah satu pelayar web mudah-alih yang terbaik adalah Opera, dan hari ini, mereka mengemaskini pelayar web mudah-alih mereka iaitu Opera Mini dan juga Opera Mobile untuk para pengguna peranti Android, membolehkan anda mengetahui berapa banyak penggunaan data yang telah dijimatkan melalui penggunaan pelayar web tersebut.

Seperti sedia maklum, bagi para pengguna Android, ianya mungkin salah satu perkara yang amat penting untuk mengetahui berapa banyak data yang digunakan oleh mereka supaya tidak melangkaui apa yang dilanggani oleh mereka melalui pakej telekomunikasi masing-masing.

Melalui kemaskini Opera Mini 6.5 dan juga Opera Mobile 11.5, kedua-duanya didatangkan dengan sebuah halaman khas, memperlihatkan penggunaan data dan berapa banyak yang telah anda jimat hasil menggunakan pelayar web tersebut.

Selain daripada itu, Opera Mini 6.5 dan juga Opera Mobile 11.5 membawakan integrasi yang lebih menyeluruh pada Android, serta enjin Presto yang dikemaskini, sokongan HTML5 yang ditambah-baik, serta penggunaan memori yang kurang berbanding sebelumnya.

Para pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun Opera Mini 6.5 atau Opera Mobile 11.5 pada peranti mereka terus melalui Android Market, dan menjimatkan penggunaan data mereka sehingga 90% ketika melayari sesuatu halaman web bermula hari ini.


TIPS & ULASAN