Dengan pelancaran iOS 5 yang disasarkan untuk lewat hari ini, kini Apple telah pun mengeluarkan kemaskini untuk perisian popular iTunes mereka, dimana semua pengguna yang berminat sudah pun boleh memuat-turun iTunes 10.5 secara percuma hari ini, yang mana turut didatangkan dengan sokongan iCloud padanya.
Melalui iTunes 10.5, ia membawakan fungsi yang dipanggil iTunes pada Cloud, yang mana menyimpan muzik dan pelbagai siri televisyen yang dibeli oleh pengguna pada iCloud, sekaligus membolehkan ianya diakses dengan mudah menggunakan sebarang peranti tanpa sebarang caj tambahan. Pada masa yang sama, ia juga turut memudahkan proses sync antara peranti iPhone, iPad ataupun iPod Touch melalui iOS 5.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mengemaskini aplikasi iTunes anda kepada 10.5, dan nantikan kemaskini iOS 5 yang bakal diperkenalkan esok oleh pihak Apple.