Asus Eee Pad Slider Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1699 Di Malaysia

Asus Eee Pad Slider Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 12, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama oleh para peminat ASUS, akhirnya, kini Asus Malaysia telah pun mengumumkan yang mana Asus Eee Pad Slider sudah pun boleh didapati melalui pengedar rasmi mereka di seluruh negara. Eee Pad Slider ini dijual pada harga serendah RM1699 di Malaysia bermula daripada hari ini.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya versi WiFi sahaja ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan versi 3G masih tidak diketahui akan mula ditawarkan bila. Melalui Eee Pad Slider, Asus menawarkan tablet dengan skrin seluas 10.1-inci, cip pemprosesan 1GHz NVIDIA Tegra 2, memori sebanyak 1GB RAM, serta turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan port untuk mini-USB dan juga mini-HDMI.


TIPS & ULASAN