Dalam usaha untuk mempromosikan pelayar web Internet Explorer, kini Microsoft telah pun melancarkan sebuah laman khas dinamakan YourBrowserMatters.org, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna mengetahui tahap keselamatan pelayar web mereka yang mana diperlihatkan dalam angka antara 0 hingga ke 4.
Untuk memperlihatkan sesuatu skor itu, Microsoft menguji menggunakan pelbagai aplikasi pihak ketiga, yang mana mengambil-kira beberapa perkara utama dalam keselamatan pelayar web. Pada masa yang sama, Microsoft mempromosikan para pengguna untuk menggunakan pelayar web terkini, disamping menyediakan sebuah pautan khas untuk memuat-turun pelayar web Internet Explorer 9.
Selain daripada itu, beberapa data menarik yang dikongsikan oleh Microsoft adalah dimana memperkatakan yang mana lebih 340 juta komputer diseluruh dunia adalah berbahaya kerana mempunyai dan menggunakan pelayar web yang tidak dikemaskini.