Pelayar Web Bolt Untuk Android Dilancarkan Dan Sedia Dimuat-Turun

Pelayar Web Bolt Untuk Android Dilancarkan Dan Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 12, 2011 oleh .

Selain daripada pelayar web Dolphin yang dibangunkan untuk Android, kini satu lagi pelayar web mudah-alih baru dilancarkan untuk para pengguna Android, iaitu Bolt Browser. Sebelum ini, ia telah pun diuji untuk beberapa lama dalam bentuk beta tertutup, dan ia diperkatakan, pelayar web Bolt ini pantas sehingga 50% berbanding pelayar web yang lain.

Bolt yang dilepaskan kepada umum merupakan Bolt 3.0, membawakan pelbagai perkara menarik bersama-sama dengannya, termasuk sokongan Flash, HTML5, serta didatangkan bersama-sama sebuah tab sosial khas memudahkan perkongsian ke laman Facebook dengan mudah, serta didatangkan bersama-sama dengan beberapa aplikasi web terbina padanya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Bolt Browser daripada Android Market secara percuma, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN