Dengan pelancaran iOS 5 dalam beberapa jam sahaja lagi, selain iTunes 10.5 yang telah pun dilepaskan pada malam semalam, kini Apple telah pun membuka laman iCloud.com kepada umum, membolehkan semua pengguna mengakses laman iCloud untuk melihat fail-fail yang disimpan pada iCloud dengan mudah dan pantas.
Untuk mengaksesnya, para pengguna memerlukan Apple ID dan perlu dimasukkan dalam bentuk emel, berbeza sediki dengan apa yang selalu dimasukkan pada peranti mudah-alih mereka.
Mungkin anda boleh melihat terlebih dahulu iCloud.com sementara menunggu iOS 5 dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.