Samsung Dan Google Dijangka Melancarkan Nexus Prime Pada 19 Oktober?

Samsung Dan Google Dijangka Melancarkan Nexus Prime Pada 19 Oktober?

Diterbitkan pada Okt 12, 2011 oleh .

Selepas penangguhan tempoh hari, kini tarikh baru mengenai pelancaran Nexus Prime dan juga Android Ice Cream Sandwich disasarkan, dimana laporan terbaru mengatakan yang mana Google dan Samsung bakal melancarkannya di Hong Kong pada 19 Oktober ini, iaitu pada hari Rabu minggu hadapan.

Buat masa ini, Google dan Samsung masih lagi belum mengeluarkan sebarang jemputan rasmi mengesahkan tarikh tersebut. Mungkin Google dan Samsung akan mengeluarkannya tidak lama lagi.

Sebelum ini, Google dan Samsung meangguhkan perkara tersebut diperkatakan adalah kerana salah satunya adalah sebagai menghormati kematian Steve Jobs pada minggu lepas.

Tips awal daripada Muhammad Syafiq


TIPS & ULASAN