Cari @ Amanz

Asus Memperkenalkan Ultrabook Mereka – Dikenali Sebagai Zenbook

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan semua pembangun yang memfokuskan kepada laptop yang lebih nipis dan ringan, dipanggil ultrabook, kini Asus telah pun mempekenalkan ultrabook mereka tersendiri, yang mana dipanggil sebagai Asus Zenbook, yang mana didatangkan dalam variasi saiz skrin 11-inci dan juga 13-inci, dengan spesifikasi terbina yang amat menarik sekali.

Asus Zenbook merupakan antara ultrabook yang kelihatan menarik sekali dengan rekabentuk badan yang amat nipis, dimana ia turut didatangkan bersama-sama dengan memori sebanyak 4GB RAM, sokongan USB 3.0 dan juga Bluetooth 4.0. Zenbook bersaiz 11-inci dengan nama kod UX21 didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan Intel Core i3, manakala versi 13-inci menggunakan Intel Core i5. Masing-masing juga turut membawakan jangka penggunaan bateri antara 5 hingga 7 jam.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Gambar : Asus Malaysia


Komen ()