Cari @ Amanz

Setelah sekian lama mendiamkan diri, kini FourSquare kembali dengan aplikasi bersama-sama fungsi baru mereka, yang dipanggil Radar, dimana melaluinya ia membawakan sebuah perubahan yang besar pada aplikasi FourSquare, membolehkan anda mengikuti kemaskini dunia di sekitar anda dalam masa-nyata.

Melalui sokongan FourSquare Radar ini, ia mengikuti dan mengambil-tahun apakah tempat-tempat yang menjadi kegemaran anda, dan disimpan pada FourSquare, dan apabila anda lalu berdekatan dengannya, ia mengeluarkan notifikasi khas memperlihatkan yang mana lokasi tersebut adalah berdekatan dengan anda.

Dan menariknya, ia tidak memerlukan anda membuka aplikasi FourSquare, sebaliknya berfungsi secara automatik, dan mengeluarkan notifikasi secara automatik pada peranti anda.

Buat masa ini, fungsi FourSquare Radar hanya diperkenalkan kepada para pengguna iOS sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna lain dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd