Cari @ Amanz

Nampaknya dunia animasi dan multimedia negara akan terus maju dalam tahun-tahun akan datang, dimana terkini MSC telah pun mengumumkan pemenang bagi acara Digicon6 yang diadakan bagi peringkat negara, memperlihatkan karya pemenang yang amat menarik dan memikat hati, selain pada masa yang sama berkualiti tinggi, setaraf dengan animasi keluaran antarabangsa.

Untuk makluman semua, DigiCon6 merupakan salah satu usahasama oleh Tokyo Broadcasting System, dimana melaluinya, mereka mengumpulkan pelbagai karya industri kreatif seluruh Asia, dan menganugerahkan hadiah wang tunai dan sebagainya bagi pemenangnya kelak.

Untuk peringkat Malaysia, MDeC menguruskannya, dan untuk tahun ini, lebih daripada 43 penyertaan telah diterima, dan pemenangnya kini telah pun diumumkan yang mana akan ke Tokyo mempersembahkan hasil karya animasi dan multimedia mereka.

Berikut merupakan pemenang DigiCon6 peringkat Malaysia;

5. That Guy With The Pizza

4. Hoverhogs Animated

3. Altitude Alto

2. Bawang Putih Bawang Merah

1. Timun Mas

Tips awal daripada @iwani

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd