Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan oleh semua, akhirnya Apple kini telah pun melepaskan kemaskini iOS mereka yang terbaru, iaitu iOS 5 kepada semua pengguna, membolehkan jutaan pengguna iPhone, iPad, dan juga iPod seluruh dunia mengemaskini kepada platform mudah-alih terbaru daripada Apple ini yang turut didatangkan bersama-sama beberapa fungsi tambahan yang menarik.

Sebelum ini, kami di Amanz sendiri telah mengeluarkan ulasan ringkas mengenai iOS 5, yang mana membawakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan notifikasi yang dinantikan ramai, fungsi iMessage yang seumpama BBM pada BlackBerry, integrasi penuh Twitter, sokongan Reminder, dan pelbagai fungsi baru yang lain lagi.

Bagi pengguna iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1, iPad 2, dan juga pengguna iPod Touch generasi ketiga dan keempat, anda boleh mulakan kemaskini kepada iOS 5 hari ini menggunakan iTunes, yang mana mungkin menjadi kemaskini terakhir untuk anda menggunakan komputer, dimana selepas ini, Apple menjanjikan kemaskini tanpa wayar melalui platform mereka.

Turut baca : Ulasan Ringkas : Platform Mudah-Alih Baru Daripada Apple – iOS 5

Terima kasih Fiq Fakhri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd