Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada acara terkemuka #OctTwtFest yang mensasarkan untuk memecahkan rekod dunia pada 22 Oktober ini, lagi satu acara khas kini dijangka akan diadakan di kawasan sekitar Kuala Lumpur, yang mana akan memfokuskan kepada penggunaan Twitter API pada aplikasi, dimana pasukan Twitter Developer Relations juga dijangka akan berada bersama pada hari tersebut.

Buat masa ini, acara yang disasarkan untuk para pembangun yang menggunakan Twitter API ini dijangka akan diadakan pada 22 Oktober kelak, hari sama dengan #OctTwtFest, namun lokasi yang pastinya masih tidak diketahui lagi. Maklumat lanjut mengenainya juga dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh ikuti akan akaun @TeaTimeKL yang mana melaluinya, pelbagai informasi berkaitan acara khas ini bakal dikongsikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd