Opera 12 Pra-Alpha Mula Memperlihatkan Perubahan Pada Antaramuka

Opera 12 Pra-Alpha Mula Memperlihatkan Perubahan Pada Antaramuka

Diterbitkan pada Okt 13, 2011 oleh .

Selain daripada kemaskini pelayar web mudah-alih Opera, mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, kita akan dapat melihat kemaskini untuk pelayar web desktop Opera dilancarkan, dimana melalui versi pembangunan terkini yang didapati melalui Opera Next, ia telah pun mula memperlihatkan perubahan antaramuka, menjadikannya lebih menarik dan ringan berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, Opera 12 masih lagi pada peringkat pra-alpha dan masih perlu melalui pelbagai fasa pembangunan sebelum mencapai fasa stabil. Selain daripada perubahan antaramuka, Opera 12 juga bakal membawakan pelbagai perubahan lain padanya, termasuk didatangkan bersama-sama dengan sokongan hardware-accelerated serta sokongan webGL padanya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun versi pembangunan pra-alpha untuk Opera 12, dan menguji pelbagai perkara baru yang dibawakan olehnya pada komputer Windows, Mac OS X dan juga Linux anda hari ini.


TIPS & ULASAN