Cari @ Amanz

Nampaknya, selain memperkenalkan kemaskini penjenamaan mereka kepada aplikasi mudah-alih, kini Nokia turut sama telah menjenamakan Nokia Store pada versi web, dengan menggunakan pautan URL yang baru, serta bersama-sama logo Nokia Store mengantikan Ovi Store sebelum ini. Walaubagaimanapun, ia dilihat, pautan Ovi Store turut sama boleh diakses buat sementara waktu ini.

Penjenamaan semula Ovi kepada Nokia telah dilakukan oleh pihak Nokia secara berperingkat sejak sebelum ini, dalam mengukuhkan penjenamaan pada produk-produk akan datang mereka.

Sebelum ini, selain memperkenalkan perubahan pada Ovi Store, Nokia turut sama telah mengemaskini aplikasi pada telefon pintar mereka dengan memperlihatkan logo Nokia Store padanya. Mungkin dengan pengenalan web dengan pautan baru ini, penjenamaan Ovi Store kepada Nokia Store telah pun menghampiri fasa penamat. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Nokia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd