Cari @ Amanz

Sepagi Bersama Sony Ericsson Xperia Active

Oleh Aman

Link Copied!

Oleh kerana saya seorang yang rajin berjoging, maka sayalah yang mengulas Xperia Active ini daripada tiga peranti model terbaru keluaran Sony Ericsson. Peranti ini dicanang sebagai teman sejati para penggiat sukan dan mereka yang mementingkan kesihatan. Antara ciri utama yang dipentingkan oleh penggiat sukan adalah keupayaan untuk mengukur dan merakam jarak aktiviti sukan mereka. Bak kata orang bijak pandai – ‘when things get measured, things get done‘.

Kebiasaannya smartphone mengukur jarak menggunakan GPS seperti dalam model-model Nokia melalui perisian Nokia Sports Tracker. Ada juga yang menggunakan pedometer luaran seperti peranti sensor Nike+ untuk iPhone. Kaedah menggunakan GPS sesuai untuk aktiviti riadah di luar tetapi untuk pegerakan di dalam bangunan anda memerlukan pedometer.

Xperia Active pula mengambil pendekatan menawarkan kedua-dua kaedah pengukuran tersebut. Dengan pedometer terbina dalam, anda boleh mengukur pergerakan anda tanpa sebarang alat tambahan dan talian internet untuk A-GPS. Perisian Walkmate yang didatangkan bersama telefon ini akan aktif sepanjang masa dan merekodkan jarak pergerakan anda. Dengan itu, anda boleh lihat sama ada anda mencapai sasaran 10,000 langkah setiap hari seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Nokia N8 Dan Xperia Active

Melalui paparan skrin di atas anda dapat lihat bagaimana kedua-dua kaedah merakam pergerakan. Pada Nokia Sports Tracker dipaparkan 3.53km dalam masa 36:26 minit sedangkan Walkmate pula memmaparkan 4086 langkah. Tiada pilihan bagi merakam aktiviti tertentu dalam Walkmate dan aplikasi ini akan terus merakam pergerakan anda sepanjang hari dan memaparkan dalam carta sama ada anda mencapai sasaran 10,000 langkah atau tidak.

Hari ini saya akan membawa telefon in berjalan-jalan sekitar KL lagi bagi menguji sepenuhnya fungsi Walkmate ini. Esok pula saya akan mencuba kaedah GPS dalam Xperia Active dan membandingkan bacaannya dengan Nokia Sports Tracker.

Sampai ketemu lagi.


Komen ()