Carian
YouTube Menguji Paparan Video Berkaitan Yang Serba Baru
October 13, 2011 Aman

Google sering menguji pelbagai perkara baru pada laman video terkemuka mereka, YouTube. Jikalau sebelum ini Google telah pun mengumumkan yang mana mereka sedang menguji laman mereka dalam antaramuka yang serba baru, kini beberapa pembaca Amanz melaporkan yang mana video berkaitan yang diperlihatkan selepas tamatnya sesuatu video juga turut sama telah berubah.

Jikalau sebelum ini, selepas tamatnya sesuatu video, ia memperlihatkan pautan perkongsian, dan hanya sekitar tiga video berkaitan, kini perkara tersebut telah diubah. Melalui ujian baru yang dilakukan, YouTube memperlihatkan sehingga 12 video berkaitan, selain butang perkongsian dan memainkan semula diletak dibahagian atas.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja dapat melihat fungsi ini, dan sekiranya ia mendapat maklumbalas positif, berkemungkinan ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Tips awal daripada @Piratz

Komen