P1 Menandatangani Perjanjian Bersama TM – Bakal Menawarkan Perkhidmatan HSBB

P1 Menandatangani Perjanjian Bersama TM – Bakal Menawarkan Perkhidmatan HSBB

Diterbitkan pada Okt 13, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenal akan kempen P1 dengan slogan “Potong” mereka. Menariknya, hari ini, Packet One bersama-sama dengan Telekom Malaysia telah pun menandatangani perjanjian bersama, dimana melaluinya P1 akan mendapat akses kepada infrastruktur HSBB yang ditawarkan oleh TM, sekaligus mendapat akses kepada lebih 1.3 juta premis yang termasuk dalam liputan HSBB.

P1 menjadi rakan kerjasama yang ketiga untuk TM, selepas Maxis dan juga Celcom mengumumkan kerjasama mereka. Melaluinya, kelak P1 akan turut menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi berwayar, selain daripada perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar yang ditawarkan sekarang.

P1 dijangka akan mengumumkan pakej dan pelan tawaran mereka untuk perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi (HSBB) pada suku tahun pertama tahun hadapan, sekaligus akan bersaing secara sihat bersama-sama dengan penyedia jalur-lebar yang lain, termasuk TM UniFi dan juga Maxis Home.


TIPS & ULASAN