Cari @ Amanz

Nokia kini terus menambah peranti Symbian Belle keluaran mereka, dimana hari ini mereka secara rasminya telah pun memperkenalkan Nokia 603, yang mana merupakan salah satu peranti Nokia Symbian Belle yang mampu milik, dengan rekabentuk yang menarik dan ringkas.

Melalui Nokia 603, ia menggunakan cip pemprosesa 1GHz, skrin sentuh ClearBlack seluas 3.5-inci, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD, dan juga sokongan NFC padanya yang membolehkan para pengguna melakukan pelbagai perkara dengan mudah melalui hanya menyentuh peranti pintar mereka itu.

Pada masa yang sama, selain daripada Symbian Belle, Nokia 603 turut sama membawakan beberapa aplikasi terbina bersama-sama dengannya, termasuk permainan popular Angry Birds, Fruit Ninja, dan juga Shazam. Selain itu, bagi pengguna perniagaan, ia turut membawakan Microsoft Office Communicator, Quick Office, Adobe PDF Reader dan juga Vlingo.

Nokia 603 disasarkan untuk jualan pada suku tahun ke-4, dan harganya mungkin tidak jauh beza dengan Nokia 600, dimana ia mungkin akan dijual dibawah harga RM1000.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd