Cari @ Amanz

Setelah menawarkan pakej dan pelan BlackBerry Internet Service serba baru pada kadar serendah RM19 sebulan, kini UMobile menambah beberapa tawaran peranti BlackBerry mereka, dimana mereka turut menawarkan BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Torch 9810 pada harga yang amat menarik sekali.

Melalui BlackBerry Bold 9900, ia didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1.2GHz, skrin sentuh seluas 2.8-inci, papan kekunci QWERTY, dan juga kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD. UMobile menawarkan peranti ini pada harga bermula RM1299 dengan pilihan pakej dengan komitmen bulanan sebanyak RM68 selama 24 bulan, ataupun pilihan peranti pada harga RM1749 dengan komitmen bulanan sebanyak RM40 selama 12 bulan.

Selain daripada Bold 9900, peranti BlackBerry OS 7 lain yang turut ditawarkan adalah BlackBerry Torch 9810 yang mana turut membawakan cip pemprosesan 1.2Ghz, skrin sentuh 3.2-inci, papan kekunci QWERTY boleh luncur, serta kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD. Peranti ini ditawarkan oleh UMobile pada harga serendah RM1149 untuk komitmen bulanan sebanyak RM68 selama 24 bulan, ataupun pada harga RM1549 untuk komitmen bulanan sebanyak RM40 selama 12 bulan.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh merujuk kepada halaman rasmi UMobile BlackBerry dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd