Seperti mana yang dinantikan, akhirnya Canonical dan pembangun Ubuntu telah pun melepaskan Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot kepada umum, dimana para pengguna seluruh dunia sudah boleh mula memuat-turun sistem operasi generasi baru Ubuntu yang membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.
Oneiric Orcelot merupakan versi Ubuntu yang ke-15, membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk persekitaran desktop GNOME 3.2, antaramuka Unity dalam bentuk 2D dan 3D, kernel Linux 3.0.4, serta pelbagai kemaskini aplikasi sumber terbuka bersama-sama dengannya.
Berbeza dengan versi sebelumnya, Ubuntu 11.10 turut sama membawakan perubahan dari segi antaramuka dan penggunaan desktop dengan membolehkan para pengguna membuat pelbagai perkara melalui Unity, memberikan pilihan Unity dalam bentuk 3D atau 2D ketika log masuk, skrin log masuk yang serba baru, sokongan ARM, Ubuntu Software Centre yang dikemaskini, dan pelbagai perkara baru yang lain.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot sekarang, dan mula mengujinya hari ini. Kami akan membawakan ulasan sistem operasi generasi baru daripada Ubuntu ini dalam masa beberapa hari lagi.