HP Malaysia Memperkenalkan Tetikus WiFi Pertama – Berharga RM150

HP Malaysia Memperkenalkan Tetikus WiFi Pertama – Berharga RM150

Diterbitkan pada Okt 13, 2011 oleh .

Biasanya kita terdengar akan mengenai tetikus yang disokong melalui Bluetooth. Namun menariknya, hari ini HP Malaysia memperkenalkan tetikus HP WiFi Mobile Mouse kepada para pengguna tempatan, menjadikannya sebagai tetikus pertama yang dihubungkan bersama-sama komputer dan laptop melalui sokongan WiFi. Di Malaysia, tetikus HP WiFi Mobile Mouse ini dijual pada harga RM150 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi HP seluruh negara.

HP WiFi Mobile Mouse juga membawakan pelbagai ciri-ciri tambahan yang lain, dimana ia membawakan jangka hayat bateri lebih lama daripada versi yang menggunakan Bluetooth, dimana HP mengatakan ia tahan lebih 2 kali ganda lamanya berbanding model Bluetooth.

Pada masa yang sama, melaluinya, ia turut membawakan lima butang akses pantas, membolehkan anda membuat beberapa perkara dengan mudah dan senang. HP WiFi Mobile Mouse ini juga turut sama menyokong sehingga 30 kaki jaraknya daripada PC atau laptop.

HP WiFi Mobile Mouse ini hanya menyokong peranti Windows 7 sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN