Samsung Dan Google Bakal Memperlihatkan Ice Cream Sandwich Pada 19 Oktober

Samsung Dan Google Bakal Memperlihatkan Ice Cream Sandwich Pada 19 Oktober

Diterbitkan pada Okt 14, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini Samsung sendiri telah mengesahkan dengan mula menghantar jemputan kepada para media, dimana Samsung dan juga Google bakal mengadakan sebuah acara khas pada 19 Oktober ini di Hong Kong, dan juga pada masa yang sama turut akan disiarkan secara langsung melalui halaman YouTube khas.

Dan seperti mana yang dinantikan ramai, acara tersebut dijangka akan memfokuskan kepada Android 4.0 ataupun yang turut dikenali sebagai Ice Cream Sandwich. Pada masa yang sama, Samsung juga turut dijangka akan memperkenalkan peranti generasi baru mereka, yang dikenali sebagai Nexus Prime buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan acara tersebut pada hari Rabu depan, dimana kami di Amanz akan membawakan kemaskini pantas daripada acara tersebut.


TIPS & ULASAN