Mungkin semua sedia maklum yang mana Google menambah setiap patung baru dengan keluaran baru untuk Android, dan kini dengan pelancarannya disahkan pada minggu hadapan, kini Google turut sama telah menambah sebuah patung Android baru yang mana didatangkan dalam rupa Ice Cream Sandwich.
Android Ice Cream Sandwich kelak merupakan platform Android yang mana akan mengabungkan platform untuk tablet dan telefon pintar, sekaligus memudahkan pembangun membangunkan aplikasi untuknya.
Google dijangka akan mengumumkan Android Ice Cream Sandwich pada 19 Oktober kelak di Hong Kong, dan kami di Amanz akan membawakan kemaskini semasa pantas daripada acara tersebut.