Cari @ Amanz

Dengan hanya beberapa bulan laman sosial Google+ beroperasi, kini hari ini, Google secara rasminya telah mengeluarkan angka pengguna berdaftar untuk perkhidmatan laman sosial yang paling pantas berkembang itu. Melalui angka yang dikeluarkan oleh Google, kini ianya dilihat yang mana Google+ mempunyai lebih daripada 40 juta pengguna seluruh dunia.

Google sebelum ini telah membuka Google+ dalam bentuk beta terbuka kepada semua pada 21 September yang lepas, iaitu kurang sebulan daripada hari ini, dan melalui pengumuman tahun kewangan berakhir bagi suku tahun ketiga 2011, Google memperlihatkan yang mana Google+ telah melangkaui angka 40 juta pengguna.

Google+ merupakan laman sosial daripada Google yang mana menghubungkan pelbagai perkhidmatan sedia ada, selain membawakan fungsi permainan, selain sokongan privasi yang lebih baik daripada laman-laman sosial yang lain. Ia juga turut ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk para pengguna Android dan iOS, serta membawakan fungsi panggilan video berkumpulan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd