Microsoft Menerangkan Task Manager Pada Windows 8

Microsoft Menerangkan Task Manager Pada Windows 8

Diterbitkan pada Okt 14, 2011 oleh .

Salah satu fungsi utama pada sistem operasi yang sering diakses ramai pengguna adalah Task Manager. Dan seperti semua sedia maklum, melalui Windows 8, ia membawakan Task Manager yang diberikan nafas baru, dan menariknya, kini Microsoft sendiri menerangkan mengenai peningkatan yang dibawakan pada Task Manager di Windows 8.

Melalui Task Manager pada Windows 8, Microsoft memfokuskan kepada beberapa perkara, seperti mengoptimasikan sepenuhnya untuk penggunaan semasa. Task Manager pada Windows 8 lebih mengutamakan pada proses yang sering dilakukan oleh para pengguna melalui Task Manager – iaitu mematikan aplikasi.

Pada masa yang sama, bagi pengguna yang inginkan data lebih mendalam, mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu aplikasi yang sedang berjalan dengan mudah.

Buat masa ini, Windows 8 masih lagi pada peringkat pra-pembangunan, tetapi boleh dimuat-turun dan dicuba oleh semua. Versi beta Windows 8 dijangka akan menyusul tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN