Aplikasi Google Translate Kini Turut Menyokong Terjemahan Suara Untuk Bahasa Mandarin

Aplikasi Google Translate Kini Turut Menyokong Terjemahan Suara Untuk Bahasa Mandarin

Diterbitkan pada Okt 14, 2011 oleh .

Sebelum ini, pada awal Januari yang lepas, Google telah pun memperkenalkan aplikasi Google Translate bersuara untuk para pengguna Android. Namun ianya hanya dihadkan kepada penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol sahaja. Dan menariknya, melalui kemaskini yang diperkenalkan hari ini, Google turut membawakan beberapa tambahan bahasa yang lain, termasuk Mandarin.

Secara ringkasnya, melalui aplikasi Google Translate ini, para pengguna boleh membacakan sesuatu perkara kepadanya, dan seterusnya, ia akan menterjemah apa yang anda katakan, dan bacakannya kembali dengan kuat dalam bahasa pilihan anda. Ia sekaligus memudahkan anda untuk membalas kepada pihak lain yang anda bercakap sekiranya terdapat halangan bahasa ketika itu.

Pada masa yang sama, Google masih menekankan yang mana ianya masih lagi pada peringkat alpha, dan banyak lagi perlu diperbaiki dalam teknologi tersebut. Mungkin pada suatu hari nanti, kita akan turut sama dapat melihat Bahasa Malaysia disokong melalui aplikasi tersebut, dan memudahkan kita berkomunikasi dengan yang lain.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Translate terus daripada Android Market secara percuma dan mula menggunakannya sekarang.


TIPS & ULASAN