Bercakap pada majlis pengumuman kerjasama antara Telekom Malaysia dan juga Packet One semalam, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Joseph Salang mengatakan yang mana kini kadar penembusan internet di Malaysia telah pun melangkaui angka 61.4%, sekaligus masih lagi dalam sasaran untuk mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2015.
Sebelum ini, Malaysia mensasarkan untuk mencapai kadar penembusan internet sebanyak 75% menjelang tahun 2015 kelak. Selain daripada itu, ia juga turut disasarkan yang mana seluruh Malaysia akan mula menggunakan IPv6 pada penghujung tahun hadapan.
Melalui acara yang diadakan semalam, ia memperlihatkan Telekom Malaysia mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak P1, dimana melaluinya, ia akan membolehkan P1 menyediakan perkhidmatan HSBB berwayar mereka kepada para pengguna menjelang suku tahun pertama tahun hadapan.