Setelah memperkenalkan siri animasi baru daripada pembangun animasi popular Upin dan Ipin, iaitu Pada Zaman Dahulu pada bulan Mac yang lepas, kini Les Copaque telah pun secara rasminya mengeluarkan video promosi kedua, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya akan ditayangkan tidak lama lagi.
Dan berbeza dengan animasi Upin dan Ipin yang ditayangkan di TV9 sebelum ini, kini dilihat yang mana Pada Zaman Dahulu bakal ditayangkan pada saluran TV Alhijrah. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah ianya akan mula ditayangkan.
Melalui Pada Zaman Dahulu, Les Copaque mencuba kaedah animasi yang jauh berbeza dengan animasi Upin dan Ipin, yang mana menyerakan animasi 2D dan 3D bersama dalam suatu bentuk yang menarik.
Secara ringkasnya, Pada Zaman Dahulu akan mengisahkan mengenai Sang Kancil yang bijak pandai dalam menjalani pengembaraannya, bertemu dengan pelbagai watak-watak menarik yang lain. Kisah hidup Sang Kancil itu dikisahkan oleh sorang datuk kepada cucu-cucunya.