Opera 12 Alpha Dilancarkan – Membawakan Sokongan Penuh Hardware-Acceleration

Opera 12 Alpha Dilancarkan – Membawakan Sokongan Penuh Hardware-Acceleration

Diterbitkan pada Okt 14, 2011 oleh .

Setelah beberapa versi pra-alpha dikeluarkan, akhirnya kini pihak pembangun pelayar web Opera telah pun melangkah setapak kehadapan dengan melancarkan Opera 12 Alpha kepada umum, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, selain daripada perubahan antaramuka sepertimana pernah kami laporkan sebelum ini.

Melalui Opera 12 Alpha, ia menjadikannya sebagai pelayar web Opera pertama yang menyokong full-hardware acceleration dengan menggunakan webGL. Ia menyokong penuh semua kad grafik terkini, dan dalam versi pembangunan akan datang, Opera juga dijangka akan menambah sokongan DirectX padanya.

Selain daripada itu, bagi mereka yang gemar mengubah tema pelayar web mereka, Opera 12 menjadikannya lebih mudah, dimana anda boleh mereka tema anda sendiri menggunakan gambar pilihan anda, sekaligus menjadikan pelayar web tersebut lebih memenuhi cita rasa anda.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Opera 12 Alpha sekarang, dan mengujinya pada sistem operasi anda, dan menggunakan pelbagai fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengan pelayar web generasi baru Opera kelak.


TIPS & ULASAN