Cari @ Amanz

Dengan pelancaran peranti geneasi baru iPhone tempoh hari, iaitu iPhone 4S, kini ura-ura berkaitan dengan tablet generasi baru daripada Apple mula diperkatakan, dimana melalui laporan terkini, ia diperkatakan yang mana Apple telah pun memulakan pengeluaran tablet generasi ketiga mereka, iaitu iPad 3 pada suku tahun ke-4 tahun ini.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana Apple telah pun mula menguji pengeluaran untuk cip pemprosesan A6, dan kini dengan ura-ura berkaitan tablet generasi baru daripada Apple ini. Dan menariknya, dengan tenaga pemprosesan yang lebih pantas, berkemungkinan perkara yang lebih menarik turut sama akan diperkenalkan pada iPad 3.

Antara ura-ura yang kedengaran mengenai iPad 3 sehingga kini adalah termasuk sokongan paparan retina, bateri yang lebih tahan lama, rekabentuk yang lebih nipis, dan sebagainya. Namun, ianya semua masih diperingkat ura-ura tanpa sebarang pengesahan yang nyata buat masa ini.

Apple pada tahun ini telah melancarkan tablet mereka pada bulan Mac, dan mungkin kita turut sama akan melihat pelancaran iPad 3 oleh Tim Cook seawal suku-tahun pertama 2012 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd