Aplikasi ChatON Dari Samsung Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan BadaOS

Aplikasi ChatON Dari Samsung Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan BadaOS

Diterbitkan pada Okt 15, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi permesejan daripada Samsung, dinamakan sebagai ChatON, kini secara rasminya, aplikasi ChatON yang dinantikan itu telah pun tiba di Android Market, membolehkan semua pengguna Android yang menggunakan versi 2.2 dan yang terkini boleh memuat-turun dan menggunakannya.

ChatON merupakan aplikasi permesejan seumpama BlackBerry Messenger, iMessage, Whats App dan lain-lain, dimana membolehkan para pengguna untuk bersembang dengan rakan-rakan lain secara peribadi ataupun berkumpulan, selain pada masa yang sama berkongsi imej, dan sebagainya dengan mudah.

Buat masa ini, ianya hanya menyokong Android dan juga Bada, selain sokongan untuk platform lain seperti iOS dan juga BlackBerry dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, klien PC juga turut disasarkan untuk dilancarkan untuk memudahkan pengguna bersembang menggunakan komputer.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada Android Market, manakala pengguna Bada boleh memuat-turunnya terus daripada Samsung App Store.


TIPS & ULASAN