Cari @ Amanz

Google Mematikan Google Buzz Dan Beberapa Produk Lain

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan Google kini lebih memfokuskan kepada laman sosial Google+ mereka, hari ini, mereka telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mematikan beberapa produk mereka, termasuk Google Buzz dan juga pesaing Twitter daripada Google, iaitu Jaiku.

Selain daripada itu, Googl juga turut sama mengumumkan yang mana mereka akan turut sama mematikan fungsi Code Search mereka. Sebelum ini, Google telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mematikan Google Labs pada hari ini.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan Google dimatikan apabila Google mula mengintegrasikan perkhidmatan mereka satu per satu pada Google+?


Komen ()