Cari @ Amanz

Nampaknya, Google mungkin bukan sahaja mengumumkan kemaskini Android pada hari Rabu ini, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich, sebaliknya pada masa yang sama, kini diperkatakan yang mana Google mungkin turut sama akan memperkenalkan aplikasi Google Chrome untuk Android. Namun perkara ini masih tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Seperti sedia maklum, Chrome merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari, dimana buat masa ini, ia ditawarkan untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac. Mungkin dengan pengenalan pada Android, kita mungkin akan dapat melihat ia turut diperkenalkan pada platform yang lain secara berperingkat.

Buat masa ini, Opera dan juga Firefox turut sama menyertakan aplikasi pelayar web mereka untuk Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd