Carian
Spesifikasi Motorola Droid HD Kelihatan – Lebih Pantas Daripada iPhone 4S
October 15, 2011 Aman

Sebelum ini, semua sedia maklum yang mana Motorola bakal mengumumkan beberapa peranti baru pada minggu hadapan. Dan menariknya, kini, beberapa spesifikasi awal yang bakal dibawakan oleh peranti generasi baru Motorola Droid mula kelihatan, yang mana memperlihatkan ianya lebih pantas daripada segi spesifikasi berbanding iPhone 4S yang diumumkan oleh Apple tempoh hari.

Ia dilaporkan yang mana Motorola akan menawarkan rekabentuk yang lebih nipis berbanding iPhone 4S, serta beroperasi lebih pantas, dimana akan didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan juga memori 1GB RAM. Pada masa yang sama ia turut dijangka akan menyokong rangkaian LTE, serta didatangkan dengan skrin seluas 4.3-inci bersama-sama dengannya.

Selain daripada Motorola Droid HD, beberapa peranti lain juga turut dijangka akan diumumkan oleh Motorola pada suatu acara khas pada Rabu ini.

Komen