Google Menambah-Baik Fungsi Carian Pada Google+ – Menyokong Carian Masa-Nyata

Google Menambah-Baik Fungsi Carian Pada Google+ – Menyokong Carian Masa-Nyata

Diterbitkan pada Okt 16, 2011 oleh .

Nampaknya, setelah memperkenalkan fungsi carian pada Google+ sebelum ini, kini Google terus menambah-baik fungsi carian tersebut pada laman sosial mereka, dimana mereka turut sama telah memperkenalkan sokongan carian masa-nyata serta pada masa yang sama turut membawakan sokongan hashtag seumpama pada Twitter untuk memudahkan anda membuat carian.

Melalui carian masa-nyata yang diperkenalkan, ia lebih memfokuskan kepada sesuatu acara atau berita semasa, dimana anda boleh melakukan carian seperti biasa, dan seterusnya melalui notifikasi baru, ia akan membolehkan anda mengaktifkan carian masa-nyata dimana hasil carian akan diperlihatkan untuk anda dengan setiap kemaskini baru diperlihatkan seumpama Facebook Ticker, yang mana dikemaskini secara automatik sepenuhnya.

Selain daripada itu, Google+ juga turut sama membawakan sokongan hashtag, membolehkan para pengguna mengubah sebarang perkataan kepada dalam bentuk carian dengan menggunakan hashtag (sama seperti pada Twitter).

Mungkinkah dengan fungsi ini, Google+ akan turut menjadi medium utama berita tersebar, selain daripada Twitter?


TIPS & ULASAN