Mozilla Ingin Memfokuskan Firefox Untuk Android Menjadi Lebih Pantas Lagi

Mozilla Ingin Memfokuskan Firefox Untuk Android Menjadi Lebih Pantas Lagi

Diterbitkan pada Okt 16, 2011 oleh .

Salah satu projek dibawah Mozilla adalah Firefox untuk Android, dan kini nampaknya, Mozilla akan membawakan perubahan padanya, dimana mereka merancang untuk mengubah antaramuka utama pelayar web Firefox untuk Android, supaya selari dengan antaramuka asal Android, dan tidak membawakan sebarang perubahan antaramuka padanya.

Ia diperkatakan oleh Mozilla, langkah ini adalah salah satu usaha penting, dimana ianya merupakan salah satu cara untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan pelayar web Firefox pada Android. Dengan mengubah antaramuka pelayar web Firefox untuk Android, ia dijangka yang mana pelayar web tersebut akan membawakan kelajuan dan kepantasan yang lebih baik daripada sedia ada.

Selain itu, ia juga bakal mengurangkan penggunaan memori oleh pelayar web tersebut, serta pada masa yang sama mengurangkan penggunaan bateri berbanding sekarang ini.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Mozilla akan mulakan perubahan antaramuka ini.


TIPS & ULASAN