Microsoft Memperkenalkan Halaman Rasmi Baru Skype

Microsoft Memperkenalkan Halaman Rasmi Baru Skype

Diterbitkan pada Okt 16, 2011 oleh .

Nampaknya, setelah mengumumkan secara rasminya penyertaan Skype pada Microsoft pada hujung minggu yang lepas, hari ini, Microsoft telah pun memperkenalkan halaman web rasmi Skype dibawah domain Microsoft, yang mana memperlihatkan perubahan sedikit demi sedikit diperkenalkan pada aplikasi panggilan video terkemuka itu.

Sebelum ini, melalui kemaskini Skype yang diperkenalkan minggu lepas, beberapa elemen daripada Google turut sama dibuang, dan hari ini mereka memperkenalkan halaman rasmi Skype yang baru.

Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan Skype yang diintegrasikan secara lebih mendalam bersama-sama beberapa produk mereka, seperti pada Windows Phone dan juga Xbox tidak lama lagi. Skype juga dijangka akan menjana Microsoft Office yang akan membawakan kolaborasi atas talian setahap lebih tinggi lagi, disamping mungkin diintegrasikan bersama-sama Windows Live dan beberapa produk Microsoft yang lain.

Pada masa yang sama, Microsoft juga menjanjikan yang mana Skype akan terus ditawarkan kepada pengguna platform lain seperti pada masa sekarang ini.


TIPS & ULASAN