Salah satu perkara baru yang diminati ramai yang dibawakan oleh Apple melalui iPhone 4S adalah sokongan teknologi bantuan pintar dinamakan Siri. Melaluinya, para pengguna boleh melakukan pelbagai perkara dengan menggunakan suara, namun amat mendukacitakan kerana beberapa fungsi padanya kelihatan tidak dapat digunakan diluar Amerika Syarikat buat masa ini.
Buat masa ini, sokongan Siri seperti carian perniagaan menggunakan Yelp, data daripada trafik semasa, carian peta, dan juga sokongan carian Wolfram Alpha (selain Inggeris) masih lagi tertakluk dan dikhaskan untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja.
Sokongan antarabangsa penuh dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat pada tahun hadapan. Namun tiada tarikh pasti yang diketahui buat masa ini.
Pada masa yang sama, melalui halaman FAQ khas untuk perkhidmatan Siri, ia mengatakan yang mana sokongan bahasa Jepun, Cina, Korea, Itali, dan Sepanyol akan didatangkan pada tahun hadapan. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah sokongan bahasa Malaysia akan diperkenalkan padanya.