Projek Terakhir Steve Jobs Merupakan iPhone 5?

Projek Terakhir Steve Jobs Merupakan iPhone 5?

Diterbitkan pada Okt 17, 2011 oleh .

Melalui laporan terkini yang dikeluarkan, ia dilaporkan yang mana peranti terakhir yang mendapat perhatian tinggi daripada Steve Jobs merupakan iPhone 5, yang mana disasarkan untuk dilepaskan dan diperkenalkan kepada umum pada tahun hadapan, yang mana membawakan perubahan drastik berbanding iPhone yang terdapat sekarang ini.

Ia juga turut sama dilaporkan yang mana iPhone 4S yang dilepaskan baru-baru ini tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada Steve Jobs, memandangkan beliau sibuk dengan iPhone 5. Perubahan drastik yang bakal dibawakan oleh iPhone 5 kelak dikatakan merupakan salah satu sebab kenapa iPhone 4S tidak membawakan perubahan dari segi rekabentuk dan sebagainya, dan hanya membawakan perubahan dari segi spesifikasi sahaja.

Sebelum ini, ia turut diperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan iPhone 5 pada tahun ini. Namun akhirnya, Apple hanya memperkenalkan iPhone 4S sahaja. Mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik seawal WWDC 2012 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN