Salah satu perkhidmatan berasaskan web dari Google yang masih tidak dibuka secara rasmi kepada umum adalah Google Music. Namun nampaknya Google telah menyusun langkah seterusnya untuk perkhidmatan tersebut, dimana kini dilaporkan yang mana Google bakal membuka sebuah kedai atas-talian yang memfokuskan kepada jualan lagu dan MP3 melaluinya.
Melaluinya kelak, Google bakal bersaing dengan beberapa perkhidmatan seumpama yang sedia ada, termasuk iTunes daripada Apple dan juga Amazon sendiri. Perkara ini sekaligus akan menarik para pengguna Android untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, dan memudahkan Google bersaing bersama-sama dengan yang lain.
Ia turut diperkatakan yang mana Google mungkin akan melancarkannya sebelum Apple melancarkan perkhidmatan iTunes Match mereka kepada umum. Selain daripada Google Music yang masih belum dibuka sepenuhnya kepada pengguna tempatan, di Malaysia sendiri terdapat sebuah perkhidmatan seumpamanya, dinamakan sebagai WOWLoud.