Adakah BlackBerry OS Generasi Baru Bakal Diperlihatkan Rabu Ini?

Adakah BlackBerry OS Generasi Baru Bakal Diperlihatkan Rabu Ini?

Diterbitkan pada Okt 17, 2011 oleh .

Bermula daripada Rabu ini, Research In Motion bakal mengadakan acara tahunan mereka, dimana melaluinya ia disasarkan RIM bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk sistem operasi generasi baru untuk peranti BlackBerry, serta pada masa yang sama turut memperkenalkan kemaskini untuk BlackBerry PlayBook yang akan membawakan pelbagai sokongan baru padanya.

Sebelum ini, ia telah diura-ura akan yang mana sistem operasi BlackBerry yang bakal diperkenalkan kelak akan dikenali sebagai BlackBerry X yang mana akan memfokuskan pada QNX. Namun begitu, apakah yang bakal dibawakan melaluinya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Pada masa yang sama, sokongan aplikasi Android pada peranti BlackBerry PlayBook turut sama dinantikan ramai pengguna, dengan ramai mensasarkan yang mana berkemungkinan RIM akan memperkenalkannya pada acara tahunan ini.

Selain daripada itu, hari Rabu ini juga, Google dan Samsung bakal memperkenalkan kemaskini platform Android mereka, serta pada masa yang sama memperkenalkan peranti baru yang dikenali sebagai Nexus Prime buat masa ini.


TIPS & ULASAN